SERVIS CUCI KUSYEN KERETA

-
Bagi sesiapa yang mempunyai kereta, lagi-lagi bagi mereka yang memiliki kereta pada jangka masa yang lama, pasti pada satu ketika mereka akan mendapati kusyen kereta berada dalam keadaan yang kotor, lusuh, buruk dan kemungkinan berbau. Terutama sekali bagi mereka yang kerap menggunakan kereta untuk tujuan harian, ataupun bagi mereka yang mempunyai keluarga terutama anak-anak kecil, pasti akan terjadi situasi yang mana bahagian kusyen kereta akan kotor akibat tertumpah air, tergesel dengan benda-benda yang kotor dan sebagainya.
Seringkali apabila perkara ini berlaku, kita akan cuba membersihkan kusyen kereta sebaik mungkin dengan menggunakan kain bersih ataupun vakum. Namum begitu hampir setiap kali kusyen kereta tidak akan dicuci dengan sempurna kerana kemungkinan kotoran telah meresap serta terperangkap masuk di bawah kusyen, dan lambat laun kusyen kereta boleh berubah warna seperti warna sopak. Tambahan pula, kusyen akan berbau hapak kerana kotoran yang terperangkap di dalam kusyen.

Salah satu penyelesaian bagi masalah kusyen kereta yang berbau, kotor, bersopak, hapak dan sebagainya adalah untuk mencari perkhidmatan mencuci kusyen yang berpengalaman dan professional.

#, # | # - #